Sunday, February 6, 2011

Pantulan di sebalik cermin kesaktian - bab 2

Sedutan episod lalu :

Sehelai kertas terjatuh.

"Ah,abang..ni abang punya ke?"kata sang gadis sebaik dia mengutip cebisan murah itu.

"Tak apa,simpanlah..anggaplah itu jodoh,"jawab lelaki itu separuh berbisik tanpa menoleh ke belakang.

Gadis itu ditinggalkan terpinga - pinga lalu membelek cebisan itu....

"Arkitek Bebas......."
Episod 2 : 

Gadis berketinggian 167cm dan berambut panjang itu berlari - lari anak mendapatkan lelaki tadi yang sudah beberapa langkah meninggalkannya setelah menuturkan kata - kata "bergaya"nya.

"Awak..err..encik.."

Namun lelaki itu tetap melangkah seolah - olah tidak mendengar panggilannya.

"Awak!"

Berkesan.Lelaki itu berhenti dan menoleh.

"Say the magic word."

Gadis itu terpinga - pinga.Kata - kata sakti apakah dia maksudkan ni,bisiknya dalam hati,dan lebih memusykilkan..kenapa perlu ada "magic word"?Dia memandang wajah lelaki itu yang kelihatan separuh disebabkan separuh menoleh.

Lelaki itu menoleh semula ke depan.Kedua - dua tangannya tersimpan kemas di dalam poket seluarnya.

"Awak terjumpa barang kepunyaan saya ye?"

Gadis itu mengangguk, walaupun secara logiknya lelaki itu tidak nampak pun.

"Ehem..maaf,saya terjatuhkan sampah itu secara tidak sengaja. Tapi elok juga untuk awak tahu." Lelaki itu berkata - kata seolah-olah tahu gadis itu mengangguk di belakangnya."Dan bukan semua orang mempunyai peluang seperti awak."

Terasa ada sedikit riak dan unsur jengkel pada lelaki ini.

Angin mula bertiup kembali.Makin banyak dedaunan keguguran jatuh dari pohon, melayang menutupi bumi. Sesekali kicauan burung-burung mengalun emosi dan mood petang itu agar menjadi "tenang-tenang ceria."

Dan dua insan itu masih dengan bicara hati dan fikiran masing-masing.

"Baiklah,jumpa lagi..."lelaki itu memecah kebuntuan seraya terus berlalu meninggalkan si gadis sekali lagi terkesima.

Kali ini suatu cebisan berkilat seperti aluminium terjatuh dari poketnya.

Bersambung..


1 comment:

  1. oblong menuturkan kata sakti keramat lagi , sudah lama juga angin petang tidak seceria selau .semasa banyak dateline berlaku.

    ReplyDelete