Tuesday, February 8, 2011

Monolog 4 (enggang berteleku di hamparan batu bersurat)

Aku pasrah.Aku tidak sebagus mereka dan dia.
Dia.
Ye,dia.

Sudah aku tau kebenarannya.Sudah aku agak situasinya.Aku bukan pembaca minda namun orang berkata setiap manusia ada deria keenam.

Atau pancaindera kelapan.

Tafsirlah prasangka setelus inferens yang merungkai hipotesis hidup. Hidup tidak seindah yang disangka.Kita hanyut dalam tafsiran sendiri dan keenakan lambungan "keramat" orang-orang yg kita sayangi..dan mungkin juga disayangi.

Sedang waktu itu kita,atau dalam logiknya aku..hanyut.

Barang sebulan dua kemudian aku pasti dapat menyalurkan nista dan kata pujangga ke tempat yang sebetulnya, buat sementara cuma.

Sehingga waktu itu kembali seperti sedia kala.Tidak.Seperti tiada apa-apa.

Cinta adalah tafsiran hidup.Dahulu.
Cinta adalah hidup.Dahulu.
Material dan pandangan zahir adalah isinya.Kini.
Kesetiaan.Selamanya yang boleh.

Monolog 3

Nampaknya aku tidak boleh menafikan lagi ketentuan aku sejak azalli.Dengan cara itu barulah rezeki datang melimpah ruah dari punca yang tidak disangka-sangka.

Aku gilakan sesuatu yang belum milikku secara zahirnya walau sekali - sekala tersentuh di batin.

Rona - rona

Perempuan adalah penyeri.

Namun dunia tidak pernah menjanjikan keindahan.Kitalah yang mencorakkannya.

Dari situlah punca ungkapan "Aku cinta bukan kerana kau cantik.Tetapi kau cantik kerana aku cinta."

Sunday, February 6, 2011

Monolog 3

Bagaimana untuk membuat seorang perempuan gembira.

Bagaimana untuk membuat seorang perempuan bahagia.

Bagi lelaki,kita mahu kaya.

Pantulan di sebalik cermin kesaktian - bab 2

Sedutan episod lalu :

Sehelai kertas terjatuh.

"Ah,abang..ni abang punya ke?"kata sang gadis sebaik dia mengutip cebisan murah itu.

"Tak apa,simpanlah..anggaplah itu jodoh,"jawab lelaki itu separuh berbisik tanpa menoleh ke belakang.

Gadis itu ditinggalkan terpinga - pinga lalu membelek cebisan itu....

"Arkitek Bebas......."
Episod 2 : 

Gadis berketinggian 167cm dan berambut panjang itu berlari - lari anak mendapatkan lelaki tadi yang sudah beberapa langkah meninggalkannya setelah menuturkan kata - kata "bergaya"nya.

"Awak..err..encik.."

Namun lelaki itu tetap melangkah seolah - olah tidak mendengar panggilannya.

"Awak!"

Berkesan.Lelaki itu berhenti dan menoleh.

"Say the magic word."

Gadis itu terpinga - pinga.Kata - kata sakti apakah dia maksudkan ni,bisiknya dalam hati,dan lebih memusykilkan..kenapa perlu ada "magic word"?Dia memandang wajah lelaki itu yang kelihatan separuh disebabkan separuh menoleh.

Lelaki itu menoleh semula ke depan.Kedua - dua tangannya tersimpan kemas di dalam poket seluarnya.

"Awak terjumpa barang kepunyaan saya ye?"

Gadis itu mengangguk, walaupun secara logiknya lelaki itu tidak nampak pun.

"Ehem..maaf,saya terjatuhkan sampah itu secara tidak sengaja. Tapi elok juga untuk awak tahu." Lelaki itu berkata - kata seolah-olah tahu gadis itu mengangguk di belakangnya."Dan bukan semua orang mempunyai peluang seperti awak."

Terasa ada sedikit riak dan unsur jengkel pada lelaki ini.

Angin mula bertiup kembali.Makin banyak dedaunan keguguran jatuh dari pohon, melayang menutupi bumi. Sesekali kicauan burung-burung mengalun emosi dan mood petang itu agar menjadi "tenang-tenang ceria."

Dan dua insan itu masih dengan bicara hati dan fikiran masing-masing.

"Baiklah,jumpa lagi..."lelaki itu memecah kebuntuan seraya terus berlalu meninggalkan si gadis sekali lagi terkesima.

Kali ini suatu cebisan berkilat seperti aluminium terjatuh dari poketnya.

Bersambung..


Saturday, February 5, 2011

Monolog 2

Best jugak wat blog ni. Mulut lebih terkunci dan jemari sahaja yg berkata-kata.
Inilah yg dinamakan Green Architecture..kurangkan pencemaran, manfaatkan sumber dan gunapakai tenaga sedia ada.

Sang Serigala Dan Gadis Berjubah Merah

Ada yg kata aku macam Michael Jackson dalam vid klip Thriller
 Makhluk bermata belang ala - ala Apache Chieftain di depan ialah Kast.
 Juga seorang arkitek bebas.
Macamana sekalipun aku bangga ada gadis yang berani mendekatiku.

Gambar ini menjadi kegilaan gadis remaja suatu ketika dulu. Yup,tengoklah tahun bila.
Di atas juga satu-satunya gadis yg sgt berani mendekati lelaki berwajah petite ini.
Sudah hampir setahun bersama..Z******* N*** yg sgt disayangi.
Eceh.
Watak dia ni memainkan peranan yg besar akan dtg.

Friday, February 4, 2011

Rona - rona

Bumi itu bulat.
Roda juga bulat.
Hidup adalah bumi dan hidup juga adalah roda.

Tak perlu angkuh dan mendakwa diri Tuhan.
Aku sanggup belajar daripada membuat perkara yang sama setiap hari 8am - 5pm.
Tak perlu berlagak.

Monolog 1

Tidak perlu ada kelulusan untuk terus berfikir.

Thursday, February 3, 2011

Pantulan di sebalik cermin kesaktian

Suatu petang dan ia musim luruh.
Daun berguguran seakan - akan helaian dan cebisan kertas yang terurai dek tiupan sang angin.
Seorang gadis berpakaian kot coklat berjalan menelusuri pesiar kaki apabila suatu bayangan melintas sayup di sebelahnya.

Sehelai kertas terjatuh.

"Ah,abang..ni abang punya ke?"kata sang gadis sebaik dia mengutip cebisan murah itu.

"Tak apa,simpanlah..anggaplah itu jodoh,"jawab lelaki itu separuh berbisik tanpa menoleh ke belakang.

Gadis itu ditinggalkan terpinga - pinga lalu membelek cebisan itu....

"Arkitek Bebas......."